FAQ

S :Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan tiket MARA Liner
J : Anda boleh mendapatkan tiket MARA Liner melalui 3 cara seperti di bawah
1. Anda boleh membeli tiket secara online di Click & Buy dengan melayari www.maraliner.com.my
2. Anda juga boleh membuat tempahan tiket melalui talian telefon 03-2697 9797 dan perlu mengambilnya di kuanter MARA Liner 48jam sebelum waktu berlepas.
3. Anda boleh datang terus ke kuanter MARA Liner yang berhampiran dengan anda.

S : Apakah itu MARA Liner Click & Buy ® ?
J :MARA Liner Click & Buy® merupakan satu lagi inovasi dari MARA Liner bagi memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan tiket. Click & Buy® adalah satu kaedah untuk pelanggan membeli tiket bas ekspres MARA Liner melalui Internet.

S :Apakah yang perlu saya ada untuk menggunakan Click & Buy®?
J :Untuk menggunakan Mara Liner Click & Buy® anda hanya memerlukan kelengkapan yang paling minima. Pertama anda memerlukan komputer dengan capaian ke Internet dan layari laman web MARA Liner di www.maraliner.com.my dan Click & Buy® akan berada pada laman utama laman tersebut.

Kedua dari segi melakukan pembayaran untuk tiket anda. Buat masa ini Click & Buy® menerima bayaran melalui kredit kad sahaja. Walaubagaimanapun kami akan memperluaskan saluran pembayaran dengan menggunakan perbankan Internet dan juga konsep prepaid tidak lama lagi.

Ketiga anda memerlukan pencetak (printer) dengan kertas bersaiz A4 untuk mencetak 'Boarding Pass' dan maklumat 'tiket anda. Bawa salinan ini tersebut mendapatkan tiket sebenar dan ketika anda menaiki bas.

S :Apakah itu Perbankan Internet?
J :Perbankan Internet adalah satu kemudahan untuk anda melakukan aktiviti perbankan melalui Internet. Antara aktiviti yang boleh dijalankan melalui perbankan Internet adalah melihat penyata akaun anda, membayar bil, perpindahan wang dan sebagainya.

Di Mara Liner Click & Buy® kami membenarkan pelanggan kami untuk membayar tiket menggunakan perbankan Internet. Pada masa ini kami hanya menerima bayaran melalui perbankan Internet dari empat bank iaitu Bank Islam, CIMB Bank,, Public Bank dan Hong Leong Bank.

Terlebih dahulu anda mesti mempunyai akaun dengan empat bank yang dinyatakan sebelum ini. Samada anda mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa. Tetapi yang lebih penting anda mesti mengaktifkan terlebih dahulu perbankan Internet anda bagi akaun anda itu. Rujuk bank anda bagi mengetahui cara untuk mengaktifkan perkhidmatan perbankan Internet anda.